Saturday, January 31, 2009

SIBUK...menYIBUK...keSIBUKan...penYIBUK


Assalamualaikum...lama tak berceloteh diruangan..SIBUK dengan keSIBUKan yang tidak terarah SIBUKnya yang memang sangat disukai oleh orang yang menyukai penYIBUKan...Memanglah kita hendaklah mencari ruang semasa lapang sebelum keSIBUKan datang menYIBUK dan menyebabkan diri semakin SIBUK

Tuesday, December 2, 2008

IKHLAS ,KEIKHLASAN

Assalamualaikum dan selamat SELAMAT. Musim haji dah pun bermula..Semua umat Islam yang layak sudah pun BERJAYA untuk melaksanakan Rukun Islam yang kelima ini.DIDOAKAN agar diberi kemudahan dan kesenangan untuk mendapatkan HAJI YANG MABRUR.AMIN.
Bagi melaksanakan sesuatu perkara, niat yang IKHLAS dengan hati yang tulus amat diperlukan.keIKHLASan amat diperlukan . Semua perkara yang dilakukan secara IKHLAS dan diIKHLASkan niatnya dengan rasa rendah diri dan mendoakan agar keIKHLASan ini sememangnya IKHLAS..LA BAI KALLAHUMALAIBAIK, LABAIKALLAH SYARI KALLAKALLA BAIK....WASALAM....Untuk seluruh warga ISLAM yang berada di TANAH SUCI diDOAkan agar mendapat HAJI yang MABRUR...Untuk PAK NIL semoga sihat semasa menjalankan IBADAH HAJI .

Friday, November 28, 2008

AL FATIHAH


Assalamualaikum dan Selamat SEJAHTERA
Tiada keberuntungan yang sangat besar dalam hidup ini, kecuali orang yang tidak memiliki sandaran, selain bersandar kepada Allah. Dengan meyakini bahawa memang Allah-lah yang menguasai segala-galanya; mutlak, tidak ada satu celah pun yang luput dari kekuasaan Allah, tidak ada satu noktah sekecil apapun yang luput dari genggaman Allah. Sepenuhnya , sempurna, segala-galanya Allah yang membuat, Allah yang mengurus, Allah yang menguasai.AMIN
AL FATIHAH buat AYAHANDA DATUK RAZALI ISMAIL ,Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia...Semoga ROHNYA ditempatkan bersama-sama dengan orang-orang yang disayangiNYA..
Sesuatu yang disayangi dan dikenangi serta diingati akan hilang dengan tiba-tiba tanpa dijangka dan disangka.

Wednesday, November 19, 2008

BELAJAR,pemBELAJARi, diPELAJARI, pemBELAJARan

Assalamualaikum dan Selamat SEJAHTERA

Jika apa yang diPELAJARi tidak difahami , diyakini bahawa proses pemBELAJARan mungkin tidak dapat diikuti.Bila kita tidak dapat mengikuti apa yang sepatutnya kita BELAJAR agar menjadi seorang yang terPELAJAR maka kita akan kekurangan ilmu kerana kekurangan pelajaran.Dizaman ini generasi muda lebih mudah memPELAJARi ilmu yang senang dan mudah diingati dan bukannya difahami apa maksud pengajaran dari pemBELAJARan.Maka akan timbullah isu-isu atau perkara-perkara yang diluar perbatasan pemBELAJARan. Maaf jika dikatakan mereka lebih cepat menghafal lirik lagu Inggeris dari menghafal perbendaharaan kata (vocalbullary)dalam bahasa Inggeris...Bukan nak menganggung bahasa Inggeris..ini kerana bahasa Inggeris jarang digunakan oleh anak bangsa yang mengaku rakyat MALAYSIA dalam perbualan kecuali untuk MENYANYI dan men @#@%#!. MOHON MAAF ...Begitu juga dengan tatabahasa bahasa MELAYU/MALAYSIA ...Sedih apabila anak MELAYU tak cemerlang dalam matapelajaran BAHASA MELAYU walaupun setiap saat hanya pengucapan yang keluar dari mulut anak melayu ialah BAHASA MELAYU!!!!KENAPA?
Bukan nak menuding jari kepada sesiapa TAPI mohon agar di P K kan bersama ( rosak bahasa lagi.....sindrom sms lah ni ).
MARILAH KITA FIKIRKAN BERSAMA.....
WASALAM

Friday, November 14, 2008

keJAYAan , menJAYAkan , diJAYAkan...berJAYA..

Asslamualaikum dan selamat SEJAHTERA

Minggu ni minggu sibuk bagi yang sibuk untuk menJAYAkan keJAYAan .Bukan senang untuk berJAYA kerana ianya perlu diJAYAkan dengan JAYAnya agar keJAYAan akan muncul dan menjad satu keJAYAan ...sebelum mencapai keJAYAan ..usaha harus berterusan dan bukan semasa hendak berJAYA barulah p k macamana nak berJAYA kerana tak bersedia lebih awal untuk merancang agar keJAYAan berJAYA dicapai...selain dari perancangan awal , rasanya kita perlu membuat persediaan yang sesuai untukberJAYA .Semua orang tahu setiap keJAYAan perlu ada usaha walaubagaimana sekalipun cara kita untuk mencapai keJAYAan hendaklah dengan cara yang betul dan direstui.Didoakan agar semua yang ingin berJAYA dan mencapai keJAYAan yang cemerlang...BEST OF LUCK

Thursday, November 6, 2008

susah....menYUSAHkan...diSUSAHkan....berSUSAH.....


Assalamualaikum dan selamat SEJAHTERA.....


Bak kata pepatah

Berakit-rakit ke hulu

Berenang-renang ke tepian

Bersakit- sakit dahulu

Bersenang-senang kemudian





Kekadang hidup ini terasa SUSAH hendak diteruskan bila mengingatkan keSUSAHan yang amat menYUSAHkan hidup .Tetapi itulah cabarannya...walaupun diSUSAHkan oleh penYUSAH-penYUSAH yang tak pernah merasa SUSAH untuk menYUSAHkan orang. Walaumacamana SUSAHnya hidup kita cuba diSUSAHkan oleh insan penYUSAH ini kita harus berpandangan j a u h .........................agar keSUSAHan yang diterima akan menjadi lebih j a u h dari kita. Bila keSUSAHan itu sudah j a u h dari kita ..tentulah ianya tak SUSAH bagi kita untuk mengelak dari mengalami keSUSAHan..Bagi mereka yang merasakan SUSAHnya sesuatu perkara, dinasihatkan agar cuba mengubah minda tentang keSUSAHan yang akan dialami dengan tidak menYUSAHkan diri berfikir kerana keSUSAHan akan dirasai jika kita berSUSAH untuk memikirkan perkara itu...Jadi oleh itu keSUSAHan akan muncul jika kita merasakan ianya sangat SUSAH dan jika tiada keSUSAHan maka tiadalah keSENANGan...
Wasalam

BENAR , diBENARkan ....keBENARan..memBENARkan

Assalamualaikum dan selamat SEJAHTERA.....
Bila mendengar cerita kekadang BENARkah keBENARannya...adakah iainya BENAR dan diBENARkan kesahihannya...Itulah kekadang bila kita berfikir dengan mengambil kira akan keBENARannya adakah ianya boleh diterima akan BENARnya....takut ...risau....berp k adakah tindakan yang diambil adalah BENAR dan sudah terbukti ada keBENARannya...dan adakah jawapannya memBENARkan kita mengambil keputusan dengan seBENAR-BENARnya...jangan rasa MALU untuk menyatakan keBENARannya...kerana disebalik keBENARan perkara itu adalah seBENARnya perkara yang BENAR dan mempunyai jawapan yang memBENARkan kita merasakan diri kita adalah BENAR...janganlah pula takut akan keBENARan perkara yang berlaku atau diterima akan menyebabkan kita merasa sangsi akan perkara yang seBENARnya akan terjadi.Kepada 3 stoges tu teruskan perjuangan kearah landasan yang BENAR kerana keBENARan akan terbukti dan ianya akan memberi peluang kepada anda untuk memBENARkan diri anda adalah BENAR.......Walaumacamana sekalipun pastikan keBENARan yang ada BENARnya dan walaumacamana beratnya tentang hati memBENARkan ianya menerima .Ianya diBENARkan atas dasar menang - menang....
WASALAM